Thursday, 6 June 2013

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Sistem pemerintahan

Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sestem pemerintan China kuno. Sehingga ke zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan monarki telah diteruskan. Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan, contohnya gelaran Raja ditukar kepada Maharaja. Antara perkara yang diteruskan ialah konsep anak syurga, mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

Sistem tulisan
Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan masyarakat Cina kini. Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina. Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun.

Sistem kepercayaan dan falsafah
Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Cina kini. Namun pengorbanan manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan amalan pemberian seperti makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Falsafah Cina yang melibatkan konsep ‘Yin dan Yang’ serta amalan ‘Feng Hsui’ masih kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini. Sistem kalendar telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :
- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.
- Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.
Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.

Ekonomi
Pembinaan sistem pengairan merupakan aspek ekonomi yang penting memandangkan pentingnya kegiatan pertanian sejak zaman Shang. Raja bertanggungjawab membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Sebuah terusan juga dibina di Szechuan untuk mengairi kawasan pertanian. Kemajuan sektor pertanian di China membawa kepada terciptanya teknologi pertanian seperti teknologi pembajakan , penciptaan cankul dan sabit serta penggunaan batas untuk penanaman. Alatan pertanian yang diperbuat daripada besi mula menggantikan alatan yang diperbuat daripada kayu.

No comments:

Post a Comment