Petempatan kekal
Wujudnya petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada munculnya bandar-bandar di Lembah Hwang Ho.
Anyang yang wujud pada sekitar tahun 1800 S.M. merupakan bandar tertua di China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang. Ia terletak di tebing Sungai Huan.
Anyang memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, keagamaan dan kegiatan ekonomi. Di situ terdapat istana dan kuil serta tempat perdagangan.
Raja, golongan pembesar dan golongan agama juga menetap di Anyang.
Untuk melindungi Anyang daripada pencerobohan musuh, kerajaan membina tembok di sekitarnya. Di luar kota Anyang, wujud perkampungan-perkampungan yang didiami masyarakat petani.
Organisasi sosial
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui oleh raja.
Lapisan bawahan terdiri daripada:
Golongan petani
– membentuk sebahagian besar penduduk
– mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)
Golongan artisan
– Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada zaman Dinasti Shang
– Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.
Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho
Pengkhususan pekerjaan
Golongan tentera membantu golongan pembesar mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:
-Tantera yang menggunakan kereta kuda.
-Tentera berjalan kaki.
Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan. Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan:
-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan
-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.
Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.
Sistem pemerintahan
Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan beraja.
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama. Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.
Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara lelaki raja.
Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.
Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat madat. Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urrusan pentadbiran.
- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.
- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.
Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.
- Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.
- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.
Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :
- Ikrar taat setia.
- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
- Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan semasa perang.
Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.
Agama dan kepercayaan
Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu). Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.
- Bukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.
- Tulang ini diletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
. Tulang oracle
Bahasa dan tulisan
Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.
Tulisan ideogram
No comments:
Post a Comment